Friday 22 June 2012

Kongsikan Bersama Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif


Apakah Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Penyusuan Secara Eksklusif adalah bayi yang diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain termasuk air masak.

Kepentingan Penyusuan Menurut Islam

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233

Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu.

Susu ibu adalah susu yang terbaik anugerah dari Tuhan yang tidak ternilai untuk kehidupan dan pembesaran terhadap pencapaian kesihatan yang maksima dan berfaedah kepada ibu dan bayi. 

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan
Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi :
  • Diberikan susu ibu sahaja
  • Tidak perlu air atau susu tambahan
  • Tidak perlu makanan pelengkap

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul
  1. Pastikan anda selesa (duduk/baring).
  2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
  3. Sentuh puting anda ke mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut luas seperti menguap, masukkan tamok itam (areola) ke mulut bayi.
  4. Dagu bayi menyentuh payudara.
  5. Kedengaran bunyi menelan.
gambar adalah sumber daripada internet


Faedah-Faedah Kolostrum
  1. Kaya antibodi - melindungi bayi dari jangkitan dan alahan
  2. Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan
  3. Kaya vitamin A & E
  4. Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan
  5. Sejenis Laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis
  
 Meneruskan Penyusuan setelah kembali Bekerja
  • Pam di sebelah dan Menyusukan terus disebelah payudara lagi sebelum pergi bekerja
  • Perah atau pam susu dengan kerap di tempat kerja
  • Jika perlu, gunakan pam berganda untuk mudahkan pengaliran dan menjimatkan masa
  • Tenangkan diri & fikirkan yang indah tentang bayi
  • Susukan bayi dengan kerap di rumah atau semasa cuti
  • Tidur bersama bayi untuk memudahkan penyusuan di waktu malam
  • Kekalkan potensi / kualiti susu semasa pengangkutan

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu
  1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih & bertutup
  2. Tulis Tarikh & Masa perahan di setiap bekas simpanan susu
  3. Simpan susu ibu :
    • Peti Sejuk beku - tahan 3 bulan
    • Rak pertama bawah freezer - tahan 72 jam
    • Suhu bilik - tahan 8 jam
  4. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas susu kedalam air suam
  5. Baki susu perahan yang dipanaskan tidak boleh disimpan semula.

Jadual Latihan Penyusuan Susu Bayi
 HARI
TARIKH ... TARIKH ... TARIKH ... TARIKH ...
 Sarapan
 Perahan
 Perahan
 Perahan
 Perahan
 Minum Pagi
 Susu Ibu
 Perahan/Susu Ibu
 Perahan/Susu Ibu
 Perahan/Susu Ibu
 Makan
 Susu Ibu
 Susu Ibu
 Perahan
 Perahan
 Minum Petang
 Susu Ibu
  Susu Ibu
  Susu Ibu
  Perahan/Susu Ibu

Kejayaan penyusuan susu untuk ibu bekerja bergantung
kepada kejayaan ibu menyusukan bayi semasa dalam pantang
Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah jika ibu memahami
cara perahan yang betul. 

Ingatlah!

Tidak ada yang lebih baik selain daripada susu ibu.


  
Credit to PPUKM


1 comment:

  1. As salam..sy suka sgt bc tentang artikek bab penyusuan ni..selmt berkenalan..boleh tukar2 pendpt kt blog sy gak yer..natrah4ever.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...