Thursday 21 June 2012

Hadiah istimewa seorang ibu khas buat si manja


Pernahkah anda mendengar istilah Foremilk dan Hindmilk ???

Foremilk : Susu yang awal yang dapat dihisap oleh si manja, sememangnya agak cair kerana ia banyak kandungan air, kurang lemak dan tinggi karbohidrat. Berperanan untuk menghilangkan dahaga si manja.

Hindmilk : Susu akhir yg dihisap oleh si manja, sememangnya  ianya pekat dan sangat mengenyangkan si manja kerana hindmilk kurang kandungan air tetapi tinggi dengan lemak.


Tahukah Anda ???

Warna susu ibu jika dilihat dengan teliti,  sebenarnya berbeza.  Ada dua kategori warna iaitu putih yang cair dan putih yang pekat. Biasanya istilah foremilk-susu awal dan hindmilk-susu akhir digunakan.

Biasanya foremilk-susu awal kelihatan lebih cair kerana kandungan air yang lebih berbanding lemak semasa permulaan penyusuan. Kandungan air yang tinggi berfungsi untuk melegakan dahaga si manja.  Setelah beberapa minit penyusuan, barulah hindmilk- susu akhir akan keluar. Hindmilk mengandungi lebih lemak, dan kerana itulah warnanya kelihatan lebih pekat.

Khasiat lemak pada hindmilk ini yang berfungsi untuk mengenyangkan si manja dan diperlukan untuk pembesaran bayi.
Oleh itu, para ibu perlu terapkan dalam minda untuk penyusuan yang lebih efisyen, si manja perlu disusukan sehingga lebih kurang 15-20minit bagi setiap payudara supaya dia mendapat khasiat keseluruhan susu ibu.



Perbandingan khasiat susu ibu VS susu formula ???

 

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang

Kekurangan Susu Formula

Kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi,  ia masih boleh membahayakan bayi.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.

Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya.

Susu formula tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.



Tahukah Anda ???

:: Penyusuan susu  ibu dapat membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu ::


 :: Selain kita berusaha jangan lupa untuk berdoa dan berzikir pada yang Esa kerana dia Yang Maha Pemberi  Nikmat Rezeki. Seiring dengan usaha dan doa..bertawakal Lah ::



HAPPY BREASTFEEDING !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...