Saturday 24 August 2013

Penyusuan Susu Ibu – Bahaya Air

Pengenalan

Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain. Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi. Di samping itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.

Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas.

Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?

Memberi air kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
  • Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi. Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.
  • Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Selain itu, sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.
  • Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.
  • Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.
  • Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.
Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?

Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.

Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?

Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C - 41°C (71.6°F - 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.

Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?

Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta - merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.

Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?

Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.

Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan. Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.

Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut. Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.


Credit to MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Jerebu & Kesihatan

Apa itu jerebu?
  •  Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.
  • Ia disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Apakah bahan pencemaran udara yang bertanggungjawab kepada kesan kesihatan semasa jerebu?

Bahan utama pencemar udara semasa jerebu termasuk :
  • Bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3 diameter
  • Ozon
  • Gas karbon monoksida
  • Gas nitrogen dioksida
  • Sulfur dioksida
 
Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan Kesan Kesihatan

Apakah Indeks Pencemaran Udara?

IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan kepada lima bahan pencemar udara seperti yang di atas untuk menunjukkan status kualiti udara dan hubungannya kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk mengambil tindakan seterusnya.

Nilai IPU:









Apakah kemungkinan kesan jerebu ke atas kesihatan?
  •  Kesan jerebu ke atas kesihatan dikaitkan dengan tahap keterukan status kualiti udara. Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.
  •  Faktor-faktor lain seperti jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur, dan status kesihatan seseorang individu memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan.
Kemungkinan kesan kesihatan termasuk :
  • Kesukaran untuk bernafas
  • Serangan jantung
  • Gatal–gatal pada tekak
  • Gatal–gatal pada mata
  • Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  • Gatal–gatal pada kulit
 
Kumpulan yang berisiko

Siapakah yang berisiko mendapat kesan kesihatan?

Kebanyakan orang adalah berisiko mendapat kesan kesihatan. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan adalah lebih tinggi risikonya untuk mendapat kesan kesihatan ini. Kumpulan ini termasuk :
  • Kanak–kanak
  • Warga emas
  • Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  • Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  • Perokok


Pencegahan

Bagaimanakah saya dapat mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu?

Tip–tip kesihatan untuk mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan.
  • Kurangkan aktiviti luar.
  • Jangan merokok.
  • Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.
  • Selalu membasuh tangan dan muka selepas melakukan aktiviti luar.
  • Dapatkan nasihat perubatan.
  • Gunakan topeng pernafasan apabila tahap kualiti udara tidak sihat.
  • Pastikan persekitaran dalam rumah adalah bersih.
Jika anda menghidapi asma atau penyakit jantung, sila pastikan anda
  • Mempunyai bekalan ubat-ubatan yang cukup.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti yang diarahkan.
  • Berjumpa doktor dengan segera jika keadaan menjadi semakin teruk.



credit to MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia

Friday 23 August 2013

Anda inginkan berat badan yang IDEAL !!!


Anda inginkan BERAT BADAN yang IDEAL !!!


Masih ramai yang belum mengetahui SHAKLEE mempunyai set diet yang HEBAT. 
Gandingan 3 ssupplement ASAS jika diambil secara konsisten mampu menampilkan kesan yang amat menggembirakan. 


JOM GRAB SEKARANG !!! Set slimming SHAKLEE dengan harga yang mampu dimiliki.


Inilah masa yang terbaik untuk kita membuang lemak-lemak yang tak diperlukan dan bertemu orang ramai dengan tubuh yang lebih anggun, cantik, menawan .

 


 
Dengan supplement dari SHAKLEE anda PASTI boleh :

1) Membakar lemak dengan berkesan
2) Menyah toksik dari badan anda
3) Membina otot dengan pengambilan protein yang bertepatan.


Vitamin SHAKLEE terbaik untuk kesihatan.

Vitamin SHAKLEE harga terjimat.

Vitamin SHAKLEE terhebat.

Sila hubungi saya untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, dan dapatkan tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian dengan nzunieshop2u.blogspot.com ~ nzunie.shop2u@gmail.com

Friday 22 June 2012

Kongsikan Bersama Penyusuan Susu Ibu secara Eksklusif


Apakah Penyusuan Susu Ibu Secara Eksklusif

Penyusuan Secara Eksklusif adalah bayi yang diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain termasuk air masak.

Kepentingan Penyusuan Menurut Islam

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Dari terjemahan Surah Al-Baqarah: ayat 233

Adalah menjadi kewajipan kepada ibu-ibu untuk menyusui bayinya dan menyempurnakan hak untuk menikmati penyusuan itu.

Susu ibu adalah susu yang terbaik anugerah dari Tuhan yang tidak ternilai untuk kehidupan dan pembesaran terhadap pencapaian kesihatan yang maksima dan berfaedah kepada ibu dan bayi. 

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun.
Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan
Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi :
  • Diberikan susu ibu sahaja
  • Tidak perlu air atau susu tambahan
  • Tidak perlu makanan pelengkap

Teknik Penyusuan Susu Ibu yang Betul
  1. Pastikan anda selesa (duduk/baring).
  2. Pegang bayi rapat, keseluruhan badan bayi menghadap anda (perut bertemu perut).
  3. Sentuh puting anda ke mulut bayi. Tunggu sehingga ia membuka mulut luas seperti menguap, masukkan tamok itam (areola) ke mulut bayi.
  4. Dagu bayi menyentuh payudara.
  5. Kedengaran bunyi menelan.
gambar adalah sumber daripada internet


Faedah-Faedah Kolostrum
  1. Kaya antibodi - melindungi bayi dari jangkitan dan alahan
  2. Kaya sel darah putih - melindungi dari jangkitan
  3. Kaya vitamin A & E
  4. Faktor pertumbuhan - kematangan usus dan mencegah alahan
  5. Sejenis Laksatif - mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis
  
 Meneruskan Penyusuan setelah kembali Bekerja
  • Pam di sebelah dan Menyusukan terus disebelah payudara lagi sebelum pergi bekerja
  • Perah atau pam susu dengan kerap di tempat kerja
  • Jika perlu, gunakan pam berganda untuk mudahkan pengaliran dan menjimatkan masa
  • Tenangkan diri & fikirkan yang indah tentang bayi
  • Susukan bayi dengan kerap di rumah atau semasa cuti
  • Tidur bersama bayi untuk memudahkan penyusuan di waktu malam
  • Kekalkan potensi / kualiti susu semasa pengangkutan

Cara Menyimpan Perahan Susu Ibu
  1. Simpan perahan susu ibu dalam bekas yang bersih & bertutup
  2. Tulis Tarikh & Masa perahan di setiap bekas simpanan susu
  3. Simpan susu ibu :
    • Peti Sejuk beku - tahan 3 bulan
    • Rak pertama bawah freezer - tahan 72 jam
    • Suhu bilik - tahan 8 jam
  4. Susu ibu tidak boleh dimasak. Panaskan dengan merendam bekas susu kedalam air suam
  5. Baki susu perahan yang dipanaskan tidak boleh disimpan semula.

Jadual Latihan Penyusuan Susu Bayi
 HARI
TARIKH ... TARIKH ... TARIKH ... TARIKH ...
 Sarapan
 Perahan
 Perahan
 Perahan
 Perahan
 Minum Pagi
 Susu Ibu
 Perahan/Susu Ibu
 Perahan/Susu Ibu
 Perahan/Susu Ibu
 Makan
 Susu Ibu
 Susu Ibu
 Perahan
 Perahan
 Minum Petang
 Susu Ibu
  Susu Ibu
  Susu Ibu
  Perahan/Susu Ibu

Kejayaan penyusuan susu untuk ibu bekerja bergantung
kepada kejayaan ibu menyusukan bayi semasa dalam pantang
Penyusuan susu ibu menjadi lebih mudah jika ibu memahami
cara perahan yang betul. 

Ingatlah!

Tidak ada yang lebih baik selain daripada susu ibu.


  
Credit to PPUKM


Thursday 21 June 2012

Hadiah istimewa seorang ibu khas buat si manja


Pernahkah anda mendengar istilah Foremilk dan Hindmilk ???

Foremilk : Susu yang awal yang dapat dihisap oleh si manja, sememangnya agak cair kerana ia banyak kandungan air, kurang lemak dan tinggi karbohidrat. Berperanan untuk menghilangkan dahaga si manja.

Hindmilk : Susu akhir yg dihisap oleh si manja, sememangnya  ianya pekat dan sangat mengenyangkan si manja kerana hindmilk kurang kandungan air tetapi tinggi dengan lemak.


Tahukah Anda ???

Warna susu ibu jika dilihat dengan teliti,  sebenarnya berbeza.  Ada dua kategori warna iaitu putih yang cair dan putih yang pekat. Biasanya istilah foremilk-susu awal dan hindmilk-susu akhir digunakan.

Biasanya foremilk-susu awal kelihatan lebih cair kerana kandungan air yang lebih berbanding lemak semasa permulaan penyusuan. Kandungan air yang tinggi berfungsi untuk melegakan dahaga si manja.  Setelah beberapa minit penyusuan, barulah hindmilk- susu akhir akan keluar. Hindmilk mengandungi lebih lemak, dan kerana itulah warnanya kelihatan lebih pekat.

Khasiat lemak pada hindmilk ini yang berfungsi untuk mengenyangkan si manja dan diperlukan untuk pembesaran bayi.
Oleh itu, para ibu perlu terapkan dalam minda untuk penyusuan yang lebih efisyen, si manja perlu disusukan sehingga lebih kurang 15-20minit bagi setiap payudara supaya dia mendapat khasiat keseluruhan susu ibu.



Perbandingan khasiat susu ibu VS susu formula ???

 

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Bayi
  • Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

Kepentingan Penyusuan Susu Ibu Untuk Ibu
  • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
  • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
  • Penyusuan ekslusif membantu menjarakkan kelahiran
  • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
  • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada aaal
  • Jalinan emosi yang erat "bonding" antaran ibu dan bayi
  • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
  • Menjimatkan masa dan wang

Kekurangan Susu Formula

Kekurangan ketara susu formula ialah khasiatnya tidak akan sama dengan khasiat susu ibu walaupun pelbagai zat tambahan dimasukkan seperti Omega3, Docosahexanoic (DHA), Arachidonic acid (AA), dan vitamin B12.

Masih tidak ada kajian yang boleh menentukan kadar sebenar sesuatu zat yang diperlukan oleh bayi. Berbeza dengan susu ibu, kandungan zatnya akan berubah mengikut keperluan.
Zat-zat tambahan dalam susu formula juga membawa kesan sampingan lain seperti protein, walaupun ia telah diubah tetapi masih sukar dihadam manakala zat besi pula sukar untuk diserap.

Bayi yang diberikan susu formula juga terdedah kepada pencemaran bakteria apabila air bancuhan, peralatan botol dan puting tidak dibersihkan dengan sempurna. Bakteria membiak dengan cepat terutamanya jika susu dibiarkan dalam cuaca panas. Walaupun belum berbau masam atau basi,  ia masih boleh membahayakan bayi.

Bayi juga tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana susu formula tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan walaupun susunya dibuat secara bersih.

Terdapat juga risiko kekurangan zat makanan jika susu dibancuh terlalu cair ataupun jika dibancuh terlalu pekat, ia boleh mengakibatkan sembelit atau kerosakan pada organ tertentu.

Sebab itu kita melihat ramai bayi yang mengalami kegemukan, mereka mendapat lebih zat daripada sepatutnya.

Susu formula tidak mengandungi enzim. Ini melambatkan penghadaman dan menyukarkan tenaga dibekalkan kepada bayi.



Tahukah Anda ???

:: Penyusuan susu  ibu dapat membantu mengeratkan kasih sayang antara anak dan ibu ::


 :: Selain kita berusaha jangan lupa untuk berdoa dan berzikir pada yang Esa kerana dia Yang Maha Pemberi  Nikmat Rezeki. Seiring dengan usaha dan doa..bertawakal Lah ::



HAPPY BREASTFEEDING !!!


Wednesday 20 June 2012

Rahsia Cinta Dari Mata Turun Ke Hati … Jom bersama GLA !!!


Tahukah Anda ???

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.
(Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari & Vitamin E)

GLA Complex Shaklee menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan. Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid.
GLA Complex

 Jom dalami keistimewaan khasiat Shaklee GLA Complex  !!!
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan - for those trying to conceive baby!
  • Melegakan PMS (sindrom pra-haid) - abdominal pain, breast pain
  • Membantu dalam menangani menopus
  • Menguatkan kuku dan rambut
  • Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  • Membantu menangai ekzema
  • Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  • Menguatkan imuniti tubuh
  • Memperlahankan proses penuaan
  • Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  • Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  • Mengawal kolesterol
  • Untuk fungsi saraf
  • Membantu dalam menyingkirkan lebihan berat badan terutama bagi yang ingin mengurangkan berat badan.
 
ADAKAH anda berkeadaan demikian !!!

  • mengalami masalah irregular period (haid tidak teratur)
  • mengalami masalah kesuburan
  • Ingin kulit cantik berseri (Kulit bermasalah)
 KATAKAN TIDAKKKKKKKKK !!!!! PADA SEMUA DI ATAS…


LIHATLAH keistimewaan Shaklee GLA Complex berbanding 
Evening Primrose Oil  (EPO) ?
  •  Evening Primrose Oil diambil daripada bunga evening primrose (EP). Benih bunga liar EP mengandungi sehingga 25% asid lemak penting termasuk Linoleic Acid (LA) dan Gamma-Linoleic Acid (GLA).
  • Asid lemak mempunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutamanya wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8% GLA complex.
  • Dalam minyak english primrose ni mengandungi GLA (gamma-linolenic acid) dan minyak inilah yang berguna untuk selesaikan beberapa masalah tersebut. GLA ini juga terkandung dalam bunga borage yang digunakan sebagai bahan utama dalam GLA Complex Shaklee.
*Peringatan : EPO TIDAK BOLEH diambil semasa kedatangan haid*

Evening primrose (EP)
  • Manakala Shaklee GLA diekstrak daripada minyak borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah diserap. Ia dinamakan GLA Complex sempena nama Gamma-Linolenic-Acid. Selain borage oil di dalamnya terdapat campuran vitamin E dan minyak benih bunga matahari.  
*Malah GLA Complex BOLEH diambil semasa kedatangan haid*

  • Gamma-linoleic Acid (GLA) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal.

Borage Flower

LIHATLAH perbezaan antara EPO dengan borage oil?

  • Borage oil mengandungi GLA yang lebih tinggi dari EPO iaitu sebanyak 25% berbanding 10% GLA dalam EPO.


  • KENAPA Shaklee GLA Complex  TERBAIK !!!
    • GLA Complex Shaklee lebih baik daripada suplement EPO di pasaran ??? Ini kerana, ramai yang tidak tahu, bahawa sebenarnya,  kandungan bahan utama di dalam EPO ialah GLA - Gamma-Linolenic Acid.
    • Di Shaklee kami tidak mempunyai vitamin yang di panggil EPO, TETAPI Shaklee mempunyai  vitamin yang lebih baik daripada EPO dikenali sebagai GLA Complex.


    Jika anda mahu merasakan KEHEBATAN GLA COMPLEX !!!

    Dapatkan SHAKLEE GLA COMPLEX sekarang !!!


    Ingin rasai KEBERKESANANNYA ???

     JOM rebut peluang ini pada  harga ISTIMEWA  !!!



    Jika anda berminat, bolehlah menghubungi saya untuk mendapatkan diskaun hebat hanya untuk anda pelanggan nzunieshop2u.blogspot.com~ nzunie.shop2u@gmail.com / 012-2832744/
    Add Fb saya Nzunie Shaklee untuk berhubung secara terus dengan saya.

    KONSULTASI PERCUMA diberikan untuk setiap pelanggan NzunieShop2u.blogspot.com



    *These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...